Isnin, 17 Oktober 2016

Pemeriksaan Ujian Fizikal SPA

Assalamualaikum....
Salam perkenalan untuk semua...

First time nk tulis blog...nervous kot..hehehe...

Actually eonni nk share pengalaman eonni semasa ujian fizikal,pancaindera dan kecergasan untuk jawatan Pembantu Penguat Kuasa Gred KP19 .

Tarikh : 12/10/2016
Masa : 08:00pagi
Tempat : Kangar, Perlis

Eonni dapat surat panggilan by email 2 minggu sebelum tarikh ujian. Memang terkejut kot,sblm ni eonni tak pernah apply pn jawatan dalam SPA yg melibatkan enforcement ni tapi masa SPA keluarkan iklan eonni pn saje2 gatei apply.hehe Ada la beberapa kali eonni pergi interview spa tapi sume mengecewakan..huhu...kna try lg...don't give up!

Untuk jawatan Pembantu Penguat Kuasa Gred KP 19,  kena lepas  2 pemeriksaan ni : 

Pemeriksaan Fizikal dan Pancaindera -ada 3 bahagian:
a) Pemeriksaan Ukuran Badan - Ketinggian, Berat Badan & Body Mass Index (BMI) BMI mesti 19-26 sahaje hokey.... so kalau rasa kurang 19 tu makan la pisang banyak2 skit bg naik. Yang berat badan lebih tu turunkan la... Jogging bebanyak ye.... 

b) Pemeriksaan Penglihatan- 6/9 tanpa cermin mata atau contact lense & pengecaman warna... jangan nk tipu ye...diorg check mata sorang2.. pakai lense ke tak...

c) Pemeriksaan Tubuh Badan Dan Gaya Berjalan - ni check sume tau. untuk yg girl akan ada pegawai perempuan yg check dalam bilik yang ditetapkan. Don't worry..

Pemeriksaan Kecergasan
a) Larian 2.4KM - Lelaki 14 minit / Wanita 17 minit
b) Bangun Tubi Dalam Masa 2 minit -Lelaki 30 kali / Wanita 28 kali
c) Lari Ulang Alik (4x10meter) - Lelaki 11 saat / Wanita 13 saat
d) Lompat Jauh Berdiri - Lelaki 215 cm / Wanita 162cm

Ujian fizikal ni wajib lulus semua, kalau 1 gagal kire gagal semua taw. Ok, untuk jawatan ni kena berpakaian sukan, yang lulus ujian arini akan ditemuduga keesokkan harinya..Dalam kul 8 JPJ datang, rupanye pengambilan kali ini untuk Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Ketua penguji dari Akademi JPJ Melaka. Sebelum start, ada briefing. Yang BMI lebih @ kurang penguji galakkan cuba dulu... semua calon diminta semak no giliran sebagai rujukan sepanjang sesi ujian arini.so no tu la diri kite.. isi borang dan kepilkan dengan ic. Giliran eonni pn tiba, check tinggi..check berat...nasib la BMI eonni 25.3, then check penglihatan & pengecaman warna.. Bila lepas akan diarahkan masuk ke bilik untuk pemeriksaan anggota badan. Sebelah petang diadakan ujian kecergasan. So make sure fit taw, untuk elakkan pitam,sakit kaki atau masalah len. 6 kali pusing padang 400m..

note : yg baru lepas operate, preggy or ada masalah pape inform penguji awal2,,untuk elakkan sebarang masalah.

So untuk yang akan jalani Ujian Fizikal ni make sure badan kna fit hokeyy...sb kna lari 2.4km... jogging la slalu... Gud Luck!!! xoxo